Monday, April 02, 2007

Baiti Jannati..

Rumahtangga adalah umpama sebuah negara yang kecil. Sebuah negara yang berdaulat sudah tentu mampu dan berkeinginan memenuhi keperluan dan melindungi warganya. Begitu juga dalam mendirikan rumahtangga, pemimpin rumahtangga mesti membentuk suatu penyusunan pemerintahan yang berkemampuan dan berkemahuan untuk menjadikan rumahtangganya mendapatkan keperluan, perlindungan dan kesejahteraan anggota-anggotanya. Sebagaimana namanya, rumah tangga juga membawa ibarat seperti bangunan. Tegaknya sebuah rumahtangga perlu dibangunkan di atas dasar yang kukuh, tiang-tiang yang tegak, dinding yang kuat serta atap yang teduh dan rapat. Barulah ia menjadi sebuah bangunan yang sesuai dihuni dan nyaman. Namun, bangunan yang cukup kelengkapannya sahaja tidak memadai. Rumahtangga perlu juga disertai nilai spiritual. Binaan rumahtangga yang tidak mempunyai ruh, akan mudah runtuh. Ia juga bagaikan bangkai bernyawa, hidup seperti tidak bermakna lagi! Maka wajib bagi pemerintah rumahtangga itu menyediakan segala keperluan dari sudut fizikal mahu pun spiritual rakyat dalam negara mininya itu.

Lalu apa yang terbersit di hati & pikiran kita jika melihat rumah tinggal seperti ini? Walau hampir roboh, penghuninya tetap menjunjung nilai spiritual.. Subhanallah...

Jelenga Village Trip, March 31, 2007

No comments: